Monday 31 August 2015

2

Nikah Gantung

Assalamualaikum.

Nikah gantung dan hukumnya?
Dalam bahasa arab, ianya dipanggil sebagai 'nikah khitbah' dan hukumnya adalah harus. Nikah gantung sah di sisi agama islam dan undang-undang kerajaan Malaysia. klik sini.

Apa itu nikah gantung?
Nikah gantung adalah sama seperti pernikahan yg biasa kita tengok cuma selepas akad nikah, pasangan pengantin berkenaan tidak duduk serumah dalam satu tempoh masa yg ditetapkan hasil persetujuan bersama kedua-dua belah pihak.

Dalam nikah gantung, tanggungjawab pemberian nafkah oleh suami kepada isteri juga tidak wajib atau boleh diringankan, kerana dalam erti kata yg lain, isterinya itu masih dibawah tanggungan ayah nya sehinggalah keluarga pihak perempuan menghantar anak perempuannya ke rumah keluarga lelaki itu.

Kebiasaannya, nikah gantung hanya melangsungkan majlis akad nikah sahaja manakala akan menangguhkan majlis kenduri kawin mengikut perancangan yg ditetapkan oleh kedua belah pihak yg kadang-kadang menjangkau bertahun lamanya.

Syarat perkahwinan nikah gantung:
  • Pengantin lelaki dan perempuan
  • Wali dan saksi
  • Akad(Ijab Qabul)
  • Mas kahwin yg ditetapkan
  • Hantaran yg ditangguhkan dahulu
Kawin bukan perkara yg boleh dimain-mainkan. Mestilah cukup rukun-rukun nikahnya seperti pengantin lelaki, penganting perempuan, dua orang saksi, wali, ijab dan qabul, maka perkahwinannya adalah sah.

Sebab nikah gantung dilakukan?
-pasangan yg masih belum berkemampuan dalam kewangan 
-yg masih belajar atau belum mendapat pekerjaan

Nikah gantung adalah couple yg halal.
Tujuan nikah gantung adalah untuk mengelakkan berlakunya zina dan kelahiran anak luar nikah. Pasangan nikah gantung boleh bertemu, ber-dating, bermesra, berpegangan tangan kerana hubungan mereka adalah halal sebagai suami isteri. 



Wallahualam. Kalau ada silap salah, mohon diperbetulkan :)


2 comments:

PeRdU cINta said...

alhamdulillah..kalau zaman dulu nikah gantung ni digunakan pada pasangan yang bekerja jauh..tapi alhamdulillah sekarang ianya diaplikasikan lagi..untuk menjaga akhlak..

noorfatinie said...

@PeRdU cINta
kadang boleh mnjd penyelamat kpd fenomena 'kawin muda' skrg.