Sunday 9 August 2015

2

Tips Cuci Muka

Assalamualaikum.

Hmm. Dah 3 hari rupanya aku tak update blog. Khusyuk sangat dengan tugasan surirumah seharian and bisnes online. Haha. Aku rasa dah tiba masa kena belajar balance kan semua kerja sebelum start masuk belajar nanti. Hoho.

Oke. Topik kali ni aku nak share tips cuci muka. Mungkin simple je bagi korang, just cuci je la muka, tak perlu tips bagai. Haha. Tapi mana la tau kan, apa yg aku share ni rupanya boleh tambahkan ilmu korang lagi :) Here's the fact.

1. Air Suam
Penggunaan air suam adalah lebih elok dari menggunakan air yg bersuhu tinggi ketika mencuci muka kerana air panas boleh merosakkan kulit muka dan mungkin juga mengganggu sistem pengaliran darah korang.

2. Cuci Muka Dua Kali Sehari
Kebiasaannya, muka perlu dibersihkan 2 kai sehari, pagi dan malam. Sehari sekali mungkin tak mencukupi tapi jangan sampai over-washing, yg mana boleh menghilangkan kelembapan semulajadi kulit muka korang.
Oke, kenapa cuci muka penting pada waktu pagi? Mesti ramai yg tau, kulit muka kita is in repairing mode at night dan proses tu akan mengeluarkan minyak dan toksin. Malam pulak, korang mesti cuci muka betul-betul before sleep. Ianya sangat la penting supaya pores tak tersumbat dan bukan menjadi penyumbang utama kepada jerawat! So, the best way is cucilah muka selepas bangun tidur dan sebelum pergi tidur.

3. Pilih Pencuci Muka Yang Sesuai
Penting bagi kita untuk tahu jenis kulit masing-masing kerana tak ada cleanser yg one-type-fits-all-skins. Mungkin ada yg cepat berminyak, sensitif dan sebagainya. Jadi adalah penting untuk faham jenis kulit sebelum memakai sebarang cleanser.

4. Gerakan Ketika Mencuci Muka
Gerakan membulat adalah cara yg paling terbaik ketika mencuci muka kerana pergerakan ini akan membantu mengeluarkan kekotoran di muka, minyak, makeup dan juga membantu pengaliran darah di muka korang.

Oke itu je, Walaupun tu dikira general knowledge, tapi aku nak juga berkongsi tips dengan korang ^^