Sunday 9 August 2015

1

Personaliti Melalui Jenis Darah

Assalamualaikum.

Tengah syok-syok try test personaliti, terfikir pulak nak cari personaliti berdasarkan jenis-jenis darah. Oke aku tahu benda macam ni bukan 100% boleh percaya, tapi quite fun bila padan dengan personaliti kita. Haha. Cuba korang pulak baca pastu bagitahu aku sama ke tak dengan personaliti korang.
___________________________________________________________________

Darah Jenis A
Mereka adalah golongan pemalu tetapi sensitif dan mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Dan disebabkan kesempurnaan, mereka cenderung melakukan satu perkara sahaja pada satu masa tetapi boleh membezakan hal peribadi dan hal kerja. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain, penyabar dan tidak pandai menipu. Mereka juga jenis yg setia dalam berkawan dan serius dalam hidup.

Mereka boleh menjadi perahsia dan jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ingin kelihatan tabah dan kuat secara fizikalnya. Mereka juga gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan melibatkan diri dengan persatuan. Kadangkala mereka juga degil dan mementingkan kerja sehingga boleh mengabaikan waktu untuk berehat.
___________________________________________________________________

Darah Jenis B
Mereka adalah golongan yg periang, kreatif, memiliki semangat dan bersungguh-sungguh dengan apa yg mereka mahukan. Mereka juga bersikap optimistik yg sentiasa mahu melihat segala hal daripada sudut kebaikannya dan fleksibel dalam sesuatu perkara. Mereka juga sukar menerima arahan dan lebih gemar melakukan kerja mengikut cara mereka sendiri.

Mereka juga mempunyai perwatakan yg cool, cepat menukar mood, bersifat objektif dan mungkin juga mudah merungut. Mereka juga tidak berminat untuk mempunyai hubungan peribadi dengan org ramai, mementingkan diri sendiri dan selalunya tidak bertanggungjawab. Tetapi, mereka adalah individu yg jujur, suka berterus-terang dan gemarkan kesederhanaan.
___________________________________________________________________

Darah Jenis AB
Golongan ini sangat tenang dan emotionally control namun sukar difahami dan gemar menjauhkan diri. Mereka gemar menggunakan logik akal daripada mengikut gerak hati dan selalunya bersikap rasional. Mereka juga jenis yg ragu-ragu dalam membuat keputusan dan selalunya bergantung kepada orang lain.

Namun mereka mesra, mudah berkawan dan sentiasa menghormati orang lain dan kadangkala mereka juga pendiam. Mereka mungkin mempunyai dua personaliti. Secara fizikalnya, seorang yg outgoing dan mesra di luar tapi dalam masa yg sama, suka bersendirian untuk memikirkan hal sendiri. Mereka juga seorang yg overthinking dan bijak menguruskan kewangan. Mereka boleh menguruskan bidang kerja yg luas tetapi tidak terlalu bertanggungjawab.
___________________________________________________________________

Darah Jenis O
Mereka adalah golongan yg bercita-cita tinggi dan passionate dalam hidup yakni berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua cara untuk mencapai sesuatu keinginan. Sentiasa memotivasikan diri dan mempunyai ciri pimpinan yg semulajadi. Mereka sangat yakin dengan potensi diri dan sentiasa ingin menjadi ketua dalam apa jua perkara yg ingin dilakukan. Mereka juga seorang yg ceria, setia, jujur dan sabar tapi kadangkala mempunyai sifat cemburu yg agak kuat. Mengambil berat tentang persaingan sehinggakan mampu memberikan tekanan kepada diri sendiri.

Golongan ini juga peramah, mempunyai kemahiran sosial yg baik dan gemar mencari kestabilan kewangan di masa hadapan. Bersifat ingin tahu tetapi mereka juga jenis yg mudah bosan. Seorang yg positif tentang masa lampau dan tidak menyesali tentang masa silam. Namun mereka sering mengabaikan perkara yg terperinci.
___________________________________________________________________

Fuhh..penat menaip, hasil gabungan beberapa page yg aku jumpa. Menarik tak korang rasa? Aku pulak konfius. Aku berdarah O tapi personaliti AB seems to be like me. Haha. So korang jenis darah apa?


1 comments:

Cik Jaja said...

me, darah b hehehe