Saturday 29 August 2015

0

Kemana Menghilang?

Assalamualaikum.

Hai guys. Lama dah aku tak bw and update kan. Sebenarnya, last few days aku join program sekolah, InSTAR. Integrated School of Tun Abdul Razak or commonly known as SBPI Pekan. Dan aku, ex-InSTARians :)
SBPI Pekan

Kawan tanya, mesti seronok kan buat program kat sekolah sendiri? Bagi aku, hmm..seronok if you are one of the excellent and well-known students. Haha. Sebab aku hanyalah student biasa. Sobs. Tapi tu tak penting. Yg penting, jujurnya aku sangat sangat bahagia and happy sebab akhirnya my school ada program macam ni.

Time aku sekolah dulu, serious tak ada pun program dengan fasilitator ni, especially dengan kakak-kakak dan abang-abang universiti. Ni yg pertama and i was proud enough to be involved together walaupun dalam hati dup dap dup dap nervous sebab aku risaukan possibilities rather than realities. Takut apa yg dirancang tak menjadi. Hanya Allah swt je yg tahu apa yg aku rasakan.




Sepanjang program, tipula kalau aku cakap everything is smooth and fine. Nature Faciteam, we have to be prepared and flexible all the time. Yeaahh. Walaupun aku bukan seorang yg flexible but im working hard on it. Nak jadi lebih hebat dari kakak dan abang. Dan untuk tu, aku kena kentalkan hati ni sikit. Nangis banyak takpe, asalkan dapat banyak input daripada nangis bagai nak rak tapi input takde. Dan yg paling aku bangga sekali is, my team sangat sangat la bagus, walaupun ada yg first time jadi fasi tapi diorang sangat oke dan bagi aku itu dah cukup bagus untuk first timer.

Cuma yg paling terkilan, hormatlah ketua walaupun dia junior, sebab yg melantik kami adalah kamu sekalian. Once dilantik, bermaksud kami diberi kepercayaan. Ya mungkin kami bukan 'think tanker' tapi still, kami perlu tahu perjalanan program, perlu libatkan diri dalam setiap diskusi. Mungkin kami takkan contribute apa-apa tapi maybe kami boleh belajar sesuatu walaupun join as a listener. Keadaan ad-hoc masa tu? Tapi kami tak pegang mana-mana aktiviti pun masa tu :)





Damai ^^

Peranan aku untuk program ni adalah sebagai AHF, assistant kepada head fasi, Mohd Damai Edwin, my junior :) Selaku assistant, aku kena bagi fully attention and support dia. Selain tu, aku juga kena jaga dan tolong fasi-fasi kami. Pada awalnya, aku sangat lega bila abg Helmi dapat support Damai dari luar. Sebab yg aku bayangkan, abg Helmi dapat guide Damai as the first timer. Tapi bila start program, abg Helmi tup tup kena jadi fasi. Terkejut. Oke. Keep calm.

Kenapa aku lega awal tadi? Sebab Damai is a first timer HF, he needs a guider yg boleh follow him everywhere and anytime. Sebab aku perasan, time meeting modul, Damai perlukan orang yg ajar dy satu-satu flow untuk satu slot mass tu. Aku macam Damai dan aku faham perasaan tu. We are the type of follower dan kalau sekadar bagi hint, doesnt work. Kena tulis, tunjuk, describe dan ajar satu-satu. Tak perlukan ramai orang pun, nanti cepat confius. To be truth, aku kecewa, sedih, semua ada, untuk Damai. Sedih sebab aku tak dapat tolong dia as he expected dan sedih sebab sepatutnya dia dapat belajar something dari program ni dengan sebaiknya sebab ada companion macam abg Helmi. Kenapa tak aku je yg tolong dia? Hm. Im not the 'ideas bank'. Aku cuma dapat janji yg aku boleh support dia dari segi teknikal dan 'pendengar & penasihat yg setia'.

Tapi aku bersyukur, at least aku dapat kenal Damai dan mungkin insyaallah satu hari nanti aku boleh jadi helper yg berguna untuk dia. Paling tersentuh hati, Damai said few words yg aku rasa macam orang lain takkan minta dah lepas kerja dengan aku :')

'Kalau saya jadi HF lagi, kak Tinie nak tak jadi AHF saya lagi tak?'

Deep. Tipu la tak sebak masa tu. Aku bukan perfect, bagus dalam buat kerja macam orang lain. Aku selalu rasa macam orang sekeliling putus harapan dengan aku because im not a fast learner. Tapi satu benda yg aku boleh janjikan, once aku dah tahu cara, aku akan teruskan kerja tu dan make it as perfect as I can.



0 comments: