Wednesday 5 August 2015

2

Tahukah anda apa itu Rokok Elektronik?

Assalamualaikum.

Nak tanya ni, korang pernah dengar tak tentang Rokok Elektronik? Tadi time tengah scroll twitter, ada hamba Allah post pasal ni. Menarik pulak isu dia, jadi aq pun buat la search sikit-sikit. Apa yg aq dapat, aq share dengan korang kat bawah eh.

Sebelum tu tekan sini dulu. Dah? TQ :)

The first thing is, penggunaan rokok elektronik ni adalah HARAM bagi mereka yg beragama Islam kerana hukumnya sama seperti hukum rokok biasa iaitu haram since ia memudaratkan. Perkara ini disahkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi kenyataannya yg di muat naik melalui entri di laman facebooknya. Klik SAYA untuk bacaan selebihnya.

Macam mana rupa rokok elektronik? Oke tengok bawah ni. Tadi aq dah minta dengan pakcik Google. As always. Haha.
hasil ihsan Google
Rokok elektronik atau dikenali juga sebagai vapor ialah sejenis alat rokok yg menggunakan kuasa bateri. Hanya empat bahan yg digunakan iaitu nikotin cecair, propylene glycol, polyethylene glycol dan glyserin sayuran. Ada yg berpendapat bahawa rokok eletronik lebih selamat penggunaannya berbanding rokok biasa. Ye ke? Oke. Mungkin selamat and much better bagi perokok tegar tapi merbahaya kalau non-smoker try vapor ni, takut jadi addicted and trend. Tak gitu? 
Macam mana rokok elektronik berfungsi?
Nikotin dan beberapa bahan yg lain  dimasukkan bersama ke dalam bekas katrij.
Pemanasan nikotin bersama bahan-bahan yg lain akan menghasilkan wap dan bukannya asap. 
**Tapi korang kena tahu yg jumlah nikotin dalam setiap rokok elektronik tu tak sama, bergantung kepada labelnya. Contohnya, 6-8mg dalam setiap 1ml cecair (mg/ml) dilabel sebagai berpekatan rendah, 16-18mg/ml sebagai berpekatan tinggi dan 24-36mg/ml sebagai berpekatan ekstra tinggi.** 
Hasilnya, wap tersebut akan disedut oleh penggunanya.
hasil ihsan Google
Nampak macam lebih selamat ke sebab tak guna tembakau? Eh jangan jawab lagi. Cuba baca yg seterusnya. 
Setelah di search, rupanya rokok elektronik ni akan jadi lebih bahaya apabila penggunanya merokok di kawasan yg tinggi kandungan asid nitrik contohnya di kawasan kilang, sekitar asap kenderaan dan di dapur. Ini kerana campuran wap nikotin dan asid nitrik dalam udara akan menghasilkan bahan kanser iaitu NITROSAMINE, yg juga datangnya daripada tembakau.

Ehh ade kesan yg sama walaupun tak guna tembakau? A'ah. Ada. See? Sama je rokok biasa ke atau rokok elektronik ni. Cuma kesan dia cepat atau lambat je. Alang-alang tu nak share ayat best sikit, from someone in twitter (oh aq tak ingat siapa, sori hehe)

'Time kecik mak ayah belikan susu supaya sel-sel otak kau berhubung. Kau pulak time besar beli rokok, biar sel-sel otak hancur.'

Err. Sori. Mungkin ayat kita tak sama. :) Sekian.


2 comments:

NuSaNa NoSa 91 said...

kesimpulannya.. jauhilah daripada benda-benda yang dihisap macam ni.. heeeeeee~ ^_^

noorfatinie said...

yupp ^^