Tuesday 28 July 2015

2

CHURPCHURP


Assalamualaikum.

Apa itu Churp Churp? Dalam entry kali ni aq nak perkenalkan serba sedikit tentang Churp Churp ni. Oh, ada yg dah tau eh? Yg dah tau takpe, cuba KLIK SINI. Tapi, masih ada yg belum tahu tentang Churp Churp ni?? Haa...takpe2, aq akan cuba terangkan sikit-sikit. Sebelum tu cuba TEKAN SINI.

Bila klik klik link tu, perasan tak apa yg come out dekat new tab? Tak perasan? Cuba TEKAN LAGI. Nampak macam some sort of iklan kan?

Jadinya, dalam erti kata yg lain, Churp Churp ni macam iklan secara online la. Cuma yg best nya, kita boleh spread and share dekat laman sosial lain like facebook, twitter, google+, blog dan yg lain-lain tu. Jadi takde lah rigid and straight sangat.

Dan Churp Churp ni tersangat la bagus kepada orang yg selalu up-to-date dengan isu-isu semasa, yg selalu rajin nak share new issues and trendings kepada orang luar.

Apa istimewanya Churp Churp?

Disamping korang share the latest issues or trendings, korang juga dapat buat side income! Percaya atau tidak, dengan beberapa KLIK je korang akan dapat REWARDS! Best kan, sambil ber-blogging korang akan dapat buat side income sikit-sikit.

Jum kenal logo Churp Churp :)




The name Churp Churp and the blue bird, Churpie represents the ability of members in the community to spread the word about anything– much like a cheerful, chirping bird flitting about spreading the word about the great weather outside!

Jadi tak hairanlah bila Churp Churp ni is one of the media sharing kan ^^ Dah rasa berminat?? Jum daftar guna LINK ni.

Saturday 25 July 2015

Thursday 23 July 2015

0

Travelog!

Assalamualaikum.

Alkisah aq nak ada travelog sendiri. Dari dulu lagi. Sebab parents suka bawak gi jalan-jalan. Tapi kecik-kecik tulis diari je la. Mana nak kenal blog ni. Haha. Tulis diari pun tunggang-langgang. Maklumlah budak belum cukup umur lagi. Bila pertengahan sekolah menengah, habis diari entah ke mana.

Sekarang tiba-tiba dapat inspirasi. Rasa nak sambung balik yg lama-lama punya. Tapi nak buat lagi best la. Bila jalan mana-mana nanti, nak share jugak dengan orang lain!

Tapi yg buat aq termenung panjang, aq nak buat sesuatu yg lain. Nak cuba merantau seorang diri! Ehh. Cakap nak buat sesuatu yg lain? Biasa la tu orang merantau seorang diri. Apa yg lainnya dari orang lain? Well biasa lah, sebelum ni aq anak manja umi abah. Hehe. Bukan tak nak jadi dependent, tapi nak gain trust parents susah. Kena tunjuk, buat dan semua tu ambik masa yg lama. Lagipun, anak perempuan. Dua beradik pulak tu. Nak dapat permission tu memang memang memang susah!

Macam aq cakap, benda ni ambik masa yg lama. Sekarang alhamdulillah oke dah sikit-sikit. Sebab time kat u, aq selalu keluar ikut society. So dapat la gain trust parents sikit-sikit. Tapi bila time cuti sem, parents lagi suka aq stay rumah, jadi surirumah sepenuh masa. Haha. Benda bagus takpe je aq pun tak kisah.

Tapi kadang tu, ade jugak intip mana-mana program luar. Hehe. Dulu strictly tak boleh join. Tapi kali ni boleh. Alhamdulillah. So dapat lah satu program ni. Coming soon kat Gombak, awal bulan Ogos ni.

Sebabkan parents pun dah bagi, jadinya aq pun tak sabar-sabar nak lebarkan sayap cewaahh! Pastu bersambung pulak dengan program sekolah lama aq. Kiranya advance la, dapat join 2 program sekali keluar. Hehe. Nice! Boleh la lepas ni nak buat travelog balik ala-ala diari gitu. Semoga Allah betulkan niat aq dan permudahkan segala urusan aq. Amin.

0

Jaga Hati

Assalamualaikum.
'Sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia'
Ayat yg menggambarkan betapa hati manusia ini sangat rapuh, tak tetap pendiriannya. Sungguh, hati memang sukar untuk diduga. Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kita tak tahu. Sampai satu masa tu, kita rasa Allah je yg tahu isi hati kita. 
Hati orang kita jaga, hati kita siapa yg tahu?
Allah sayang, Allah yg tahu seluruh isi hati kita :) 
Sebab tu, sebelum kita nak jaga hati orang lain, jagalah hati kita dulu. Macam mana?
Perkara paling asas adalah jaga hubungan kita dengan Allah. Lakukan segala yg disuruh oleh-Nya dan jauhilah segala larangan-Nya. Insyaallah, bila hubungan dengan Allah dijaga elok, maka hubungan sesama manusia juga elok. 
Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan. Bersangka baiklah kepada Allah dan manusia. Bukan suruh jadi hipokrit tapi try to be positive. Ye memang susah, tapi bila kita sentiasa berusaha, insyaallah akan menjadi kebiasaan. Benda baik macam ni, tak pelik pun kalau kita perlukan masa yg lama. Normal lah tu. Asalkan kita punya azam yg kukuh, semangat yg sangat tinggi untuk istiqamah. Bila dengan manusia, cuba elakkan bersangka buruk hatta sekecil biji sawi sekalipun. Cakap macam senang kan? Tau. Aq tau sangat susah untuk buat macam tu, tapi kita cuba la. Benda baik takkan rugi insyaallah. Dan dengan Allah, sekali Allah turunkan ujian, bersabar dan bersangka baiklah, kerana setiap ujian itu terselit suatu hikmahnya yg tersendiri. 
Niat. Betulkan niat sebelum kita lakukan apa-apa perbuatan sekalipun. Nampak macam lekeh je kan niat tu? Bagi aq, nak jaga hati ni sama susahnya dengan nak jaga niat. Sebab kadang niat tu akan terpesong, even sikit. Bila kau letih ke atau kau mengeluh, senang je niat tu nak lari. 
Kenapa didikan hati sangat penting?
Kerana setiap perbuatan manusia lahirnya daripada hati. Perbuatan boleh meliputi fikiran, pertuturan, tindakan dan juga perwatakan. Perwatakan seseorang kebiasaannya diadili oleh hatinya. Kalau baik hati, maka baiklah dia insyaallah. Kalau hati sebaliknya? Maka renungkanlah wataknya...

hasil ihsan Google :)

Sunday 12 July 2015

Saturday 11 July 2015

1

IMAGINASI

Assalamualaikum.
hasil ihsan Google

Fakta: Imaginasi membawa maksud daya khayal atau daya kemampuan seseorang individu menggambarkan sesuatu dalam angan-angan dan mencipta sesuatu secara khayalan. Setiap percakapan, perbuatan dan imaginasi kita akan dirakam oleh minda separa sedar dan minda separa sedar akan bertanggungjawab untuk merealisasikan setiap kata-kata dan imaginasi kita.
(hasil ihsan Scribd)
Nak baca lebih lagi? Klik SINI

Dah baca statement atas tu? Jadi, korang suka berimaginasi tak? Aku suka. Haha. Mana tak nya, aku jenis yg suka rancang sesuatu melalui imaginasi. Dari situ, macam-macam monolog dalaman aku boleh buat. Imaginasi tak sama dengan berangan tau! Berangan has no limit, dan membazir masa! Nanti jadi ala2 Mat Jenin! :p Imaginasi bagi aku, kau dah rancangkan sesuatu (plan) tapi kau still boleh tukar-tukar cara nak accomplish benda tu. Faham tak? J Kira gunakan otak kita as a planner and think outside the box la. Hehe.

Biasanya aku akan start berimaginasi bila aku dah fikirkan sesuatu. Contoh:

“If aku nak buat benda ni, macam mana nak accomplish.”

“Oh, kalau buat cara ni, agaknya apa kesan dia.”

“Kalau buat cara ni pulak apa yg jadi eh.”

“Ohh..macam ni rupanya. Oke boleh la buat macam ni nanti.”

Haa..tu aku bagi contoh yg biasa-biasa je la. Sambil bermonolog dalaman tu, aku imagine la sekali cara-cara dia. Haha. Lepas dah fikirkan cara yg paling sesuai, boleh la aku start accomplish benda tu. Tapi ye lah, realitinya mestila tak semudah tu! >< Macam-macam halangan kau akan dapat nanti. Tu baru la realiti! Tapi takpe, keep going sebab kau dah rancangkan yg paling baik kan dan biar Allah swt yg tentukan pengakhirannya.

Tapi hati-hati jugak dalam berimaginasi, kadang kesan dia positif dan kadang negatif. Bergantung kepada kita. Aku anggap imaginasi ni sebagai ‘booster’ aku. Tak kisah la korang nak berimaginasi bila. Macam aku, kadang aku guna time tengah study, kadang sebelum masak, kadang sebelum keluar gi jalan-jalan and even boleh imagine sebelum kau start buat kerja rumah!

Aku pernah terbaca satu statement ni, “semakin baik daya imaginasi, semakin baik kita mengolah kreativiti berfikir”. Menarik kan? Kadang orang tak perasan, adanya insan istimewa macam ni. Sangat rugi kalau tak take advantage dekat orang yg sifatnya macam ni, suka berimaginasi. Ehh. Maksud aku, jangan pulak korang pi buat benda-benda tak elok kat diorg ni. Haha. Gunakan untuk kebaikan bersama la ^^ Let say korang dalam satu program, gunakan ‘insan’ ini untuk predict macam-macam possibility yg akan terjadi masa program. Yes dia bukan ‘ahli nujum’. Tapi sekurang-kurangnya dia berfikiran lain. If anything happen, korang dah ada backup plan kan. :) 

Menarik bukan imaginasi ni? Jangan sekadar melepaskan batuk di tangga, tapi kita kena pandai realisasikan imaginasi kita ke arah yg lebih baik. Jadi jum berimaginasi dan bervisualisasi dengan sebaik mungkin! ^^

hasil ihsan Google

Thursday 9 July 2015

2

Andai Dakwah Itu...

Assalamualaikum.
Andai dakwah itu jalannya mudah, pasti ramai anak muda menyertainya.
Andai dakwah itu terkenal, pasti ramai yg sanggup meluangkan masa.
Andai dakwah itu menjanjikan kesenangan, pasti berpusu orang mengatur langkah.

Namun,

Dakwah adalah sebaliknya. Jalannya berliku, penuh duri yg bisa membolak-balikkan hati manusia. Seperti kata As-Syahid Syed Qutb,

"Jalan ini tidak dibentangi dengan bunga-bunga dan permaidani merah, tetapi ditaburi dengan duri-duri yg terpacak".

Melibatkan diri dengan gerakan dakwah, kadang menyedarkan aku betapa susahnya berjihad di jalan Allah. Macam-macam yg kita akan lalui. Kadang halangan akan membolak-balikkan hati kita. Tak tipu sebab aku pasti ramai yg pernah rasa macam tu.

Dakwah bukanlah sesuatu yg mudah. Yup. Bila ia memerlukan pengorbanan dari segi masa, wang, tenaga dan juga idea-idea kita. Untuk constant, istiqamah, kekal dalam perjalanannya pun bukan senang. Kadang hati mudah terpesong, niat lari entah ke mana. Bila situasinya macam ni, sokongan daripada sahabat-sahabat seperjuangan sangat diperlukan. Sebab tu bila dalam gerakan dakwah, perlunya kita untuk bergerak secara beramai-ramai, secara berkumpulan bukan berseorangan. Bila kawan terpesong, insyaallah akan ada yg mengingatkannya kembali. Sedar tak sedar, kau akan rasa manisnya berukhuwah di jalan dakwah. Punya sahabat yg 'sekepala', sama-sama susah dan senang.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg berperang di jalan-Nya dalam barisan yg teratur seakan-akan mereka seperti sebuah bangunan yg tersusun kukuh."
As-Saff : 4

Tapi...kenapa kita perlu berdakwah?

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yg akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yg tidak kamu ketahui."
Surah Al-Baqarah: 30


"Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?"
Surah Al-Qiyamah: 36

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Surah Al-Mu'minuun: 115

Tujuan manusia diciptakan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Secara umum, tugas khalifah adalah untuk memakmurkan dan memelihara bumi. Menjadikan khalifah juga bermaksud melantik pemimpin dalam kalangan manusia. Pemimpin which is 'leader', berbeza dengan bos. Pemimpin ialah orang yg berusaha mengajak bersama pimpinannya melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran which is sama dengan berdakwah. Menjadi tanggugjawab kita untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Allah swt.

"Kamu sekalian adalah sebaik-baik ummat (khairu ummah) yang diturunkan kepada manusia, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah".
Surah Al-Imran: 110

hasil ihsan Google :)

Wallahualam. Sekadar memberikan sedikit perkongsian. Salah silap mohon diperbetulkan. ^_^