Assalamualaikum.
Alkisah aq nak ada travelog sendiri. Dari dulu lagi. Sebab parents suka bawak gi jalan-jalan. Tapi kecik-kecik tulis diari je la. Mana nak kenal blog ni. Haha. Tulis diari pun tunggang-langgang. Maklumlah budak belum cukup umur lagi. Bila pertengahan sekolah menengah, habis diari entah ke mana.
Sekarang tiba-tiba dapat inspirasi. Rasa nak sambung balik yg lama-lama punya. Tapi nak buat lagi best la. Bila jalan mana-mana nanti, nak share jugak dengan orang lain!
Tapi yg buat aq termenung panjang, aq nak buat sesuatu yg lain. Nak cuba merantau seorang diri! Ehh. Cakap nak buat sesuatu yg lain? Biasa la tu orang merantau seorang diri. Apa yg lainnya dari orang lain? Well biasa lah, sebelum ni aq anak manja umi abah. Hehe. Bukan tak nak jadi dependent, tapi nak gain trust parents susah. Kena tunjuk, buat dan semua tu ambik masa yg lama. Lagipun, anak perempuan. Dua beradik pulak tu. Nak dapat permission tu memang memang memang susah!
Macam aq cakap, benda ni ambik masa yg lama. Sekarang alhamdulillah oke dah sikit-sikit. Sebab time kat u, aq selalu keluar ikut society. So dapat la gain trust parents sikit-sikit. Tapi bila time cuti sem, parents lagi suka aq stay rumah, jadi surirumah sepenuh masa. Haha. Benda bagus takpe je aq pun tak kisah.
Tapi kadang tu, ade jugak intip mana-mana program luar. Hehe. Dulu strictly tak boleh join. Tapi kali ni boleh. Alhamdulillah. So dapat lah satu program ni. Coming soon kat Gombak, awal bulan Ogos ni.
Sebabkan parents pun dah bagi, jadinya aq pun tak sabar-sabar nak lebarkan sayap cewaahh! Pastu bersambung pulak dengan program sekolah lama aq. Kiranya advance la, dapat join 2 program sekali keluar. Hehe. Nice! Boleh la lepas ni nak buat travelog balik ala-ala diari gitu. Semoga Allah betulkan niat aq dan permudahkan segala urusan aq. Amin.
Travelog!
Related Posts:
#Sentap 1Assalamualaikum. Try to do a deed a day that no one knows except you and Him. Even for the small one. Allah swt loves th… Read More
#Quotes 3Assalamualaikum. “Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. Sekiranya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpalin… Read More
SATU SOALAN BUAT HAWA, SATU JAWAPAN DARI ADAM Assalamualaikum. Pandang kanan, awek shawl merah jambu ala-ala yuna. baju sendat. vouge! Pusing kiri, awek … Read More
#Quotes 2Assalamualaikum. Foolish is the one who seeks perfection in this imperfect world; but even more foolish is the one who t… Read More
Travelog!Assalamualaikum. Alkisah aq nak ada travelog sendiri. Dari dulu lagi. Sebab parents suka bawak gi jalan-jalan. Tapi kec… Read More
0 comments:
Post a Comment