Thursday 23 July 2015

0

Jaga Hati

Assalamualaikum.
'Sedangkan pantai boleh berubah inikan pula hati manusia'
Ayat yg menggambarkan betapa hati manusia ini sangat rapuh, tak tetap pendiriannya. Sungguh, hati memang sukar untuk diduga. Kadang kita tahu apa kita nak, kadang kita tak tahu. Sampai satu masa tu, kita rasa Allah je yg tahu isi hati kita. 
Hati orang kita jaga, hati kita siapa yg tahu?
Allah sayang, Allah yg tahu seluruh isi hati kita :) 
Sebab tu, sebelum kita nak jaga hati orang lain, jagalah hati kita dulu. Macam mana?
Perkara paling asas adalah jaga hubungan kita dengan Allah. Lakukan segala yg disuruh oleh-Nya dan jauhilah segala larangan-Nya. Insyaallah, bila hubungan dengan Allah dijaga elok, maka hubungan sesama manusia juga elok. 
Didik hati untuk sentiasa bersangka baik dalam apa jua keadaan. Bersangka baiklah kepada Allah dan manusia. Bukan suruh jadi hipokrit tapi try to be positive. Ye memang susah, tapi bila kita sentiasa berusaha, insyaallah akan menjadi kebiasaan. Benda baik macam ni, tak pelik pun kalau kita perlukan masa yg lama. Normal lah tu. Asalkan kita punya azam yg kukuh, semangat yg sangat tinggi untuk istiqamah. Bila dengan manusia, cuba elakkan bersangka buruk hatta sekecil biji sawi sekalipun. Cakap macam senang kan? Tau. Aq tau sangat susah untuk buat macam tu, tapi kita cuba la. Benda baik takkan rugi insyaallah. Dan dengan Allah, sekali Allah turunkan ujian, bersabar dan bersangka baiklah, kerana setiap ujian itu terselit suatu hikmahnya yg tersendiri. 
Niat. Betulkan niat sebelum kita lakukan apa-apa perbuatan sekalipun. Nampak macam lekeh je kan niat tu? Bagi aq, nak jaga hati ni sama susahnya dengan nak jaga niat. Sebab kadang niat tu akan terpesong, even sikit. Bila kau letih ke atau kau mengeluh, senang je niat tu nak lari. 
Kenapa didikan hati sangat penting?
Kerana setiap perbuatan manusia lahirnya daripada hati. Perbuatan boleh meliputi fikiran, pertuturan, tindakan dan juga perwatakan. Perwatakan seseorang kebiasaannya diadili oleh hatinya. Kalau baik hati, maka baiklah dia insyaallah. Kalau hati sebaliknya? Maka renungkanlah wataknya...

hasil ihsan Google :)

0 comments: