Thursday 9 July 2015

2

Andai Dakwah Itu...

Assalamualaikum.
Andai dakwah itu jalannya mudah, pasti ramai anak muda menyertainya.
Andai dakwah itu terkenal, pasti ramai yg sanggup meluangkan masa.
Andai dakwah itu menjanjikan kesenangan, pasti berpusu orang mengatur langkah.

Namun,

Dakwah adalah sebaliknya. Jalannya berliku, penuh duri yg bisa membolak-balikkan hati manusia. Seperti kata As-Syahid Syed Qutb,

"Jalan ini tidak dibentangi dengan bunga-bunga dan permaidani merah, tetapi ditaburi dengan duri-duri yg terpacak".

Melibatkan diri dengan gerakan dakwah, kadang menyedarkan aku betapa susahnya berjihad di jalan Allah. Macam-macam yg kita akan lalui. Kadang halangan akan membolak-balikkan hati kita. Tak tipu sebab aku pasti ramai yg pernah rasa macam tu.

Dakwah bukanlah sesuatu yg mudah. Yup. Bila ia memerlukan pengorbanan dari segi masa, wang, tenaga dan juga idea-idea kita. Untuk constant, istiqamah, kekal dalam perjalanannya pun bukan senang. Kadang hati mudah terpesong, niat lari entah ke mana. Bila situasinya macam ni, sokongan daripada sahabat-sahabat seperjuangan sangat diperlukan. Sebab tu bila dalam gerakan dakwah, perlunya kita untuk bergerak secara beramai-ramai, secara berkumpulan bukan berseorangan. Bila kawan terpesong, insyaallah akan ada yg mengingatkannya kembali. Sedar tak sedar, kau akan rasa manisnya berukhuwah di jalan dakwah. Punya sahabat yg 'sekepala', sama-sama susah dan senang.

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yg berperang di jalan-Nya dalam barisan yg teratur seakan-akan mereka seperti sebuah bangunan yg tersusun kukuh."
As-Saff : 4

Tapi...kenapa kita perlu berdakwah?

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi. Mereka berkata: Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yg akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa yg tidak kamu ketahui."
Surah Al-Baqarah: 30


"Apakah manusia mengira, dia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?"
Surah Al-Qiyamah: 36

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami?"
Surah Al-Mu'minuun: 115

Tujuan manusia diciptakan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Secara umum, tugas khalifah adalah untuk memakmurkan dan memelihara bumi. Menjadikan khalifah juga bermaksud melantik pemimpin dalam kalangan manusia. Pemimpin which is 'leader', berbeza dengan bos. Pemimpin ialah orang yg berusaha mengajak bersama pimpinannya melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran which is sama dengan berdakwah. Menjadi tanggugjawab kita untuk meneruskan sisa-sisa perjuangan Nabi Muhammad saw dalam menyebarkan agama Allah swt.

"Kamu sekalian adalah sebaik-baik ummat (khairu ummah) yang diturunkan kepada manusia, menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah".
Surah Al-Imran: 110

hasil ihsan Google :)

Wallahualam. Sekadar memberikan sedikit perkongsian. Salah silap mohon diperbetulkan. ^_^

2 comments:

LYSSA FAIZUREEN said...

nice entry dear . kipidap !

noorfatinie said...

thanks Lyssa!